Monday, July 26, 2010

Shooting 'Agrotek' RTM 260710

Rakaman untuk slot rancangan 'Agrotek' untuk RTM, diterbitkan oleh Pn Norziha Hamzah dan pengacaranya Cik Wan Shahzila.Tarikh siaran akan diberitahu kelak...
Rakaman bermula dalam pkl 12tghari... Penerbit melawat kedai, tempat memproses dan bhgn operasi untuk melihat cara pembuatan Otak-Otak Melaka.
Selepas anggaran 3jam, rakaman selesai dan krew dibekalkan buah tangan produk OOM untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur...
Pihak Cahaya Mala Enterprise mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membuat liputan ke Otak-Otak Melaka. Lain kali datang lg ya...!









































Saturday, July 24, 2010

Majlis Doa Selamat & Perasmian Cawangan Sungai Rambai, Melaka

Tanggal 23 Julai 2010, slps solat Jumaat. Cahaya Mala Enterprise mengadakan majlis doa selamat sempena melancarkan cawangan OtakOtak Melaka di Sungai Rambai, Melaka. Cawangan ini akan beroperasi sepenuhnya pada 2 August 2010. Majlis ringkas ini adalah untuk bermesra dengan penduduk tempatan dan menjamu hidangan tengahari yang disediakan oleh Arifin Catering.

































Friday, July 16, 2010

Makan Malam Otak-Otak Melaka ke-5

Sudah agak lama blog OOM tidak di update, kerana terdapat sedikit kesilapan teknikal. Walaupun agak sepi di paparan maya, ini tidak bermakna kami tidak aktif, kerana sepanjang akhir tahun 2009 hingga sekarang, aktiviti OOM masih rancak penuh dgn aktiviti tahunan dan booth-booth yg dibuka untuk pengunjung di karnival dan ekspo tempatan... Kami akan cuba aktifkan semula blog ini, dan lebih banyak berita dan paparan akan cuba kita berkongsi bersama...

Untuk entry kali ini, seperti tahun2 yg sudah, sambutan Hari Pekerja kami meriahkan dengan mengadakan jamuan makan malam tahunan sebagai menghargai jasa dan komitmen pekerja.

Tanggal 1 Mei 2010, di Everly Resort, Melaka. Cahaya Mala Ent menganjurkan Jamuan Makan Malam ke-5 dengan tema pakaian '1 Malaysia'... ramai yang 'pasang badan' malam tu, sebab ada hadiah untuk Pakaian Tercantik Lelaki/Wanita... Selain tu, ada lucky draw, pertandingan karaoke dan selingan sketsa dari MC pd hari tersebut iaitu En Ely dan Pelawak Tanahair, En Zaibo... Selain itu jemputan khas dari Jab.Perikanan Melaka...



Puan Mala dan suami, En Sukri



Zaibo, MC bersama....


Pn Mala bersama wakil Jab Perikanan












Antara peserta karaoke OOM Idol....






Pengacara paling best...





Acara shuffle pakai boot...

SKETSA








POCO-POCO n JOGET LAMBAK